Tuesday, 17 December 2013

Bersamamu

post signatureRania membuka daun jendela kaca di bilik tidurnya. Bayu dingin pergunungan itu terus menerpa masuk dan menampar wajahnya. Dia tetap tersenyum menyambut keheningan pagi hari ini meskipun dia perlu merasakan kesakitannya lagi. Hari demi hari kekuatannya semakin bertambah melawan kesakitan yang dirasainya.
Marni menyapa anak saudaranya itu. Sayu hatinya melihat gadis tabah itu mengharungi hidup singkat sendirian. Tiada berteman. Hanya dia dan suami yang menjaga gadis itu.
“Mak Su dah sediakan sarapan. Nia makan ya, nak.”
“Terima kasih Mak Su.”
Rania dan Marni menuju ke ruang makan. Di meja makan, kelihatan Zamri sedang bersarapan. Mereka duduk bersama dan mengisi peurt yang masih kosong.
“Mak Su, lepas ni Nia keluar kejap eh. Nak jalan-jalan,” ujar Rania.
Marni dan suaminya saling berpandangan. Mereka bukan keberatan, tetapi hanya risau akan keadaan kesihatan anak saudaranya itu.
“Mak Su, Pak Su. Boleh kan?” ujar gadis itu lagi apabila mereka tidak menjawab.
“Nia jangan jalan jauh sangat. Nanti kalau tiba-tiba sakit, tak ada sesiapa yang tolong. Ambil angin dekat-dekat sini aje ya,” balas Marni risau.
Rania tersenyum dan mengangguk. Dia tahu wanita itu tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya. Begitu juga Zamri.


Qayum mengemas bagasi pakaiannya tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 tetapi dia masih belum bertolak. Dia perlu menghadiri sebuah mesyuarat di pejabat sebelum bertolak ke Cameron Highlands.
“Que tak balik lunch ke nanti?” soal Farhana.
“Tak mama. Que terus pergi sana. Que tak nak sampai sana malam. Ok mama. Bye!”
Qayum terus mencampakkan bagasi pakaiannya ke dalam boot kereta dan memecut laju keretanya.
Setibanya di pejabat, Qayum terus memakai kot dan mengenakan tali leher. Terus dia mematikan enjin dan berlari memasuki pejabat.
“Where have you been, Que?” bisik Karina sebaik majikannya itu muncul.
“Where’s the rest?” soal Qayum pula.
“I tanya you, you soal I balik. mereka ada kat meeting room. Tunggu you lah.”
“Ok.”
Tanpa mempedulikan pembantu peribadinya, Qayum terus mengetuk pintu bilik mesyuarat. Kelihatan sebuah lembaga pengarah sudah duduk untuk memulakan mesyuarat.
“I’m sorry, gentlemen. Ok, let’s begin.”


Rania berjalan sendirian. Inilah aktivitinya yang akan dia lakukan dua hari sekali. Dia tidak dapat berjalan keluar seperti orang lain kerana risau penyakitnya menyerang mendadak. 
Setelah 20 minit berjalan sambil menghirup udara segar pergunungan, akhirnya gadis berusia 20 tahun itu tiba di lembah tanaman teh.
Permandangan hijau yang meluas itu memikat hati Rania. Dia tersenyum lebar menikmati permandangan indah itu. seketika dia memerhati beberapa orang yang sedang berjalan di situ. Ada yang bersama keluarga dan rakan, suami,isteri dan anak-anak.
 Tiba-tiba wajahnya pucat. Hidungnya terasa panas. Sebaik dia menyentuh hidungnya, darah merah menitis ke bibirnya. Segera Rania mengeluarkan sapu tangan dan pantas mneghilangkan darah itu. badannya terasa snagat lemah.
“Ya Allah! Kuatkan aku hingga aku pulang nanti. Jangan aku menyusahkan orang lain. Biarlah sakit ini aku sendiri yang rasa,” bisiknya sambil menahan kesakitan di bahagian belakang tubuhnya.
Dia perlu berehat. Rania terus menghampiri batu-batu untuk duduk sebentar. Dia tidak kuat untuk pulang sekarang.
Setelah hampir 10 minit berehat, barulah dia berasa sedikit kuat. Dengan segala tenaga yang ada, Rania memulakan perjalanan pulang ke rumah.


“Habis tu bila you balik JB?” soal Karina sambil mengiringi Qayum ke kereta.
“Tak sure. Mungkin I kat sana around two or three weeks. I dah urus semua masa meeting tadi so kalau ada masalah sepanjang I tak ada, refer Encik Hamdan. Dia akan ambil alih tugas I sepanjang I kat Cameron.”
Karina mendengus. Benci dengan sikap Qayum yang sama sekali tidak ambil endah pada dirinya. Padahal Qayum tahu bahawa Karina menyimpan perasaan padanya.
“So, you nak tinggalkan I sorang kat sini. You pergi seronok kat Cameron and left me here!” bentak Karina.
“Don’t start it again. Lagipun I pergi sana ada kerja, bukan saja-saja. And satu lagi, bukannya salah pun I tinggalkan you.”
“You tak pernah faham hati I. You tak pernah ambil endah pun perasaan I.”
“If you know that, then why you are still waiting for me?”
“Cause I love you, Que,” rayu Karina. Qayum mengeluh kesah.
“Dari universiti dulu I dah cakap I cuma anggap you sebagai kawan aje. I ambil you jadi assistant I sebab you kawan I and you’re qualified. That’s it.”
Qayum terus memasuki kereta dan memecut. Sakit hati gadis itu apabila ditinggalkan begitu saja. Dia terus memasuki semula pejabat.
Qayum berhenti di sebuah stesen petrol. Dia menuju ke tandas untuk menukar pakaian. Tidak selesa rasanya memakai kemeja selepas jam bekerja. Apalagi sekarang dia akan ke Cameron Highlands.
Usai mengganti pakaian, dia membeli beberapa snek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dia memulakan semula perjalanan.


“Makan ni,” ujar Zamri sambil menghulurkan dua biji ubat. “Nia rehat dulu. Tidurlah. Nanti waktu Asar, Mak Su kejut,” sambung Zamri seraya memandang isterinya. Marni mengangguk mendengar arahan suaminya.
Zamri meninggalkan bilik gadis itu.
“Nia, esok tak payah keluar ya. Lusa kalau nak pergi, Mak Su temankan,” ujar Marni.
Rania tersenyum hambar. “Nia bosanlah Mak Su. Duduk dalam rumah aje.”
“Tak suka rumah Mak Su ke?”
“Err tak. Bukan itu. tapi bosan asyik baring, duduk, makan, makan ubat. Itu aje yang Nia buat hari-hari.”
Marni membelai rambut anak saudaranya itu. kasihan dia melihat keadaan gadis itu. masih muda tetapi tidak dapat bergerak bebas.
“Mak Su tak nak apa-apa jadi pada Nia. Dengar cakap Mak Su dan Pak Su ya.”
Rania terpaksa akur. Dia tidak mahu melanggar arahan ibu saudaranya itu.
Rania bagun dari katil sebaik Marni meninggalkannya. Dia membuka jendela bilik yang baru ditutup tadi. Inilah saja cara gadis itu untuk merasai kenikmatan di Cameron Highlands. Tidak mungkin baginya untuk bersiar-siar di luar seperti orang lain.
Rania menuju ke meja soleknya. Diamati wajahnya yang pucat tidak bermaya. Sedih hatinya apabila memandang wajah sendiri. Satu senyuman kecil terukir di wajahnya. Hanya itulah cara Rania membangkitkan semangat juang hidupnya sendiri.
“Hai,”
Rania menoleh. Qayum berada di sebelahnya sambil tersenyum.
“Hai,” balas gadis itu sambil membalas senyuman.
“Dah makan ubat?” soal Qayum.
“Dah.”
“Rindu aku tak?” soal Qayum lagi. Kali ini mereka ketawa bersama.
“Setiap hari aku rindu kau. Kau yang tak rindu aku,” bisik Rania seraya mencebik.
Qayum tersenyum. Dia merapati Rania dan dengan perlahan menarik kepala gadis itu ke bahunya.
“Aku pun rindu jugak,” balas Qayum. “Sebab tu aku datang.”
Rania melelapkan matanya. Suasana menjadi senyap kembali. Apabila Rania membuka mata, Qayum tiada lagi di sisinya. Dia sedang meletakkan kepalanya di jendela.
Rania tersenyum sendiri. Sedikit demi sedikit air matanya berjuraian. Setiap hari apabila Rania sedang sendirian, bayangan Qayum muncul untuk menemaninya. Dan setelah itu, hilang sekelip mata.


Qayum mendepakan tangannya. “Here I am! Cameron Highlands!” teriak Qayum sebaik tiba di sana.
“Alamak! Solat Asar!”
Qayum terus memasuki keretanya kembali dan menuju ke chalet yang sudah ditempahnya minggu lepas melalui panggilan. Lelaki itu bergegas untuk solat Asar memandangkan tinggal setengah jam lagi sebelum masuk waktu Maghrib.
Usai solat, Qayum baring di atas katil. Dia menarik selimut hingga ke paras perut. Akalnya sedang ligat berfikir tempat-tempat yang bakal dia kunjungi di Cameron Highlands mulai esok. Malam ini dia akan ke pasar malam di Brinchang.

                      ___________________________________

Rania menuju ke Kea Farm. Sementara menunggu Marni membeli bunga hiasan, Rania membelek-belek beberapa bunga yang lain. Dia juga ingin membeli untuk menghiasi bilik tidurnya.
Qayum asyik mengambil gambar permandangan di sekitar Kea Farm. Namun dia terpandang susuk tubuh seorang gadis.
“Beri bunga ni sejambak ya kak,” ujar gadis itu.
Tidak salah lagi. Mendengar suara gadis itu, Qayum yakin dia memang mengenali gadis ayu itu.
“Bunga untuk siapa?” celah Qayum.
Rania menoleh. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat Qayum sedang berdiri di belakangnya. Adakah ini khayalannya atau Qayum benar-benar di belakangnya?
Rania tidak bersuara. Dia masih termangu. “Nia?” panggil Qayum. Rania masih terkebil-kebil.
“Nia... kenapa ni?” soal Qayum yang hairan melihat reaksi gadis itu.
Rania tersentak. Ternyata benar itu Qayum dan bukan sekadar khayalannya.
“Err... Que. Kau buat apa kat sini?” soal Rania. Tidak tahu dia perlu berasa gembira atau sedih.
“Aku ada kerja. Kau?”
“Aku...” Rania tidak mahu memberitahu Qayum tentang penyakitnya. “Aku...”
“Nia... kau ok tak ni?” soal Qayum.
“Ok, ok. Aku ok.”
Qayum tersenyum. Gembira dapat bertemu rakan lamanya. “So, kau buat apa kat sini?” soalnya lagi.
“Aku tinggal sini. Dengan mak cik, pak cik aku.”
“Oh. Aku ingat kau masih kat JB. No wonder lah aku langsung tak nampak kau kat sana.”
Rania cuba berlagak biasa di hadapan Qayum. Lelaki itu tidak perlu tahu keadaan sebenar dirinya.
“Aku dah lama kat sini. Dah dua tahun aku pindah,” balas Rania. 
“Nia. Mak Su dah...”
Marni tersenyum sebaik melihat ada seseorang bersama anak saudaranya. Qayum turut tersenyum.
“Mak Su, kenalkan ni kawan Nia masa sekolah. Qayum, ni Mak Su aku,” ujar Rania memperkenalkan dua orang itu.
“Oh, Qayum. Buat apa sini?”
“Ada kerja sikit aunty.”
Marni tersenyum. “Tak payahlah panggil ‘aunty’. Panggil ‘Mak Su’ aje. Ya?”
“Ok Mak Su. Terima kasih.”
“Qayum duduk mana kat sini?”
“Kat chalet. Nak sewa hotel mahal sebab duduk sini dalam dua, tiga minggu. Itu yang duduk chalet aje, murah sikit.”
Marni memandang Rania. “Lah! Dah jumpa kawan kat sini kan. Tinggal rumah Mak Su ajelah. Free tak payah bayar.”
Rania agak terkejut dengan pelawaan ibu saudaranya itu. Qayum tersenyum namun agak keberatan kerana enggan menyusahkan wanita itu.
“Boleh Qayum?” soal Marni lagi.
“Tak apalah Mak Su. Lama saya tinggal sini, nanti menyusahkan Mak Su pula.”
“Mana ada susah. Adalah jugak si Nia kawan. Dia mana ada kawan-kawan kat sini,” balas Marni. Dia kelihatan bersungguh. “Tinggal rumah Mak Su ya.”
Qayum akur. Dia bersetuju.
“Baiklah Mak Su. Terima kasih banyak. Kalau macam tu, Qayum hantar Mak Su dan Rania ya.”
Setibanya di rumah, Rania dan Marni menuju ke dapur sementara Qayum menuju ke chalet untuk membawa keluar barang-barang miliknya.
“Kenapa Mak Su minta dia duduk sini? Nanti dia tahu Nia sakit. Nia tak nak dia tahu. Nia malu.”
“Nia,” Marni menghampiri anak saudaranya itu. “Mak Su tahu Qayum tu adalah lelaki yang sama dalam gambar yang Nia bawa tidur tiap-tiap malam kan. Mak Su dapat lihat Rania gembira. Mak Su nak yang terbaik untuk kamu. Jadi Mak Su rasa mungkin dengan kehadiran lelaki tu, kamu lebih kuat dan bersemangat untuk terus sihat.”

Zamri dan Qayum menghabiskan masa makan malam dengan berbual. Marni seronok melihat hubungan dua lelaki itu. dia turut gembira kerana Qayum di sini. Setidaknya dapatlah membantu menguatkan Rania.
“Pak Su ni tergesa-gesa balik tadi. Mak Su telefon cakap ada tetamu istimewa. Kawan Rania rupanya,” ujar Zamri.
Qayum sangat gembira berada di situ. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga Rania. Namun sedari tadi, Rania tidak bersama mereka. sesekali mata Qaym melihat bilik tidur Rania yang bertutup rapat. Mungkinkah dia di dalam? Qayum memberanikan diri untuk bertanya.
“Pak Su, kenapa Rania tak makan sekali?” soal Qayum perlahan.
“Dia memang jarang makan malam. Biasanya lepas Isyak dia terus tidur. Qayum bosan ya dengan Pak Su? Kalau nak borak dengan Rania, pergi aje panggil dia,” balas Zamri sekadar mengusik rakan anak saudaranya itu.
Qayum ketawa kecil. Manis wajahnya apabila melemparkan senyuman.
“Saya seronok berbual dengan Pak Su. Tak apalah. Biarlah Rania tidur. Tak naklah saya ganggu pula.”
“Ha yalah. Tambah-tambah lagi. Habiskan lauk-lauk ni.”


Rania mencapai baju sejuknya sebelum melangkah keluar. Setibanya di luar rumah, kelihatan Qayum sedang duduk di kerusi rehat di halaman rumah. Gembira hatinya melihat Qayum berada dekat bersamanya. Namun, dia perlu sedar dia tidak mungkin memiliki lelaki itu. Dia hanyalah seorang gadis berpenyakit yang hanya menunggu masa untuk pulang ke rahmatullah.
“Que!” panggil Rania seraya menuju ke arah lelaki itu.
“Hai. Good morning,” balas Qayum tersenyum. Dia segera mengajak Rania duduk di sampingnya untuk melihat gambar-gambar yang diambilnya di Kea Farm semalam.
“Pandai kau ambil gambar kan.”
“Aku memang minat fotografi dan seni. Aku...”
Belum sempat Qayum meneruskan kata-kata, dia tersentak. Ada darah yang mengalir keluar sedikit demi sedikit dari hidung Rania.
“Nia...hidung kau...”
Rania segera mengeluarkan sapu tangan dari saku baju sejuknya lalu ditekap di hidungnya.
“Rania, kau ok tak? Kenapa kau...”
Rania segera memintas. Dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang penyakitnya.
“Aku oklah. Memang biasa macam ni. Udara sini kan sejuk, hidung aku memang biasa keluar darah.”
“Betul ni? Kau tak tipu kan,” cemas Qayum.
“Betul. Nak tipu apa pula, jangan risau ok.”
Qayum sangat cemas melihat keadaan Rania. Hidungnya berdarah dan serta-merta wajahnya menjadi pucat. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Qayum sekarang mengenai kejadian tadi.
“Nak tengok gambar kau tadi. Cantik,” ujar Rania.
“Rania, kenapa kau pindah sini?” soal Qayum sambil Rania melihat foto-foto di dalam gambar Qayum.
“Aku nak tukar surrounding. Duduk sini sejuk, best. Aku duduk sini boleh jaga neseri strawberi Pak Su aku. Jom  aku bawa kau pergi sana.”
Qayum bersetuju dan mengikuti Rania ke neseri strawberi milik Zamri. Setibanya di sana, Qayum teruja melihat begitu banyak strawberi ditanam di situ. Qayum segera mengambil gambar dari pelbagai sudut agar kelihatan cantik. Mereka duduk di sebuah meja batu.
“Sekarang aku yang jaga neseri ni. Yang belah sana belah tangga tu, aku yang tanam. Tapi tak tumbuh lagi,” cerita Rania.
Qayum gembira dapat melawat tempat itu. terutama bersama Rania. Entah mengapa sejak bertemu Rania di sini, dia merasakan getaran di jiwanya. Padahal dia hanyalah sahabat lama kepada gadis itu.
Sambil Rania bercerita mengenai Cameron Highlands, Qayum mengambil gambar Rania tanpa disedari gadis itu.


Qayum menolak pintu bilik tidur Rania perlahan. Gadis itu segera menyembunyikan bekas-bekas ubat miliknya di bawah selimut.
“Que... ada apa?” soal Rania cuba berlagak tenang.
“Mak Su dan Pak Su cakap kau tak makan malam. Tapi hari ni kau kena makan.”
Rania keberatan. Dia sangat menjaga pemakanannya kerana perlu menitikberatkan masalah kesihatannya. Namun dia memberi alasan lain kepada Qayum.
“Que, aku memang tak makan malam.”
“Please makan malam ni aje. Penat aku masak,” rayu Qayum. Tersentuh Rania mendengar pujukan lelaki itu.
“Kau masak? Ya ke?”
“Betul! Tanyalah Mak Su kalau kau rasa aku tipu. Makan, please!”
“Oklah,” balas Rania. Dia mencapai sudu. Namun Qayum segera menghalang.
“Aku suapkan kau. Lagi sedap makanan tu kalau kita disuap. Ok. Buka mulut cepat!”
Rania akur saja. Dia sangat bahagia bersama Qayum hari ini. Selama menjalani hidupnya dia tidak mahu makan makanan selain daripada yang disarankan Zamri tapi entah mengapa hari ini dia bersedia makan apa yang dimasak oleh Qayum.
“Sedap kan?” ujar Qayum. Rania mengangguk.
“Kenapa kau masak untuk aku?” soal Rania. Qayum tersenyum nakal.
“Aku masak untuk semua oranglah. Bukan untuk kau aje.”
Rania termangu, malu dengan pertanyaannya sendiri. Qayum ketawa besar. Geli hatinya mengusik Rania.
“Ok fine!”
“Alah... merajuk pula dia! Sini makan lagi. Habiskan!”
Qayum menyuap lagi.
“Nia, aku rasa lainlah bila dengan kau.”
Rania tersedak. Kata-kata Qayum seolah menyergahnya. “Lain apa?” soalnya.
“Entah. Aku rasa macam aku dah suka kau lah. Dulu masa sekolah taklah rasa macam ni tapi sejak jumpa kau kat Kea Farm hari tu, aku rasa happy sangat. Aku rasa macam...”
Rania segera memintas. Dia tidak mahu Qayum jatuh cinta padanya.
“Merepeklah kau, Que. Dah keluar sana. Aku ngantuk, nak tidur.”
Rania menarik Qayum berdiri dan menolak lelaki itu keluar dari biliknya. Qayum termangu. “Err betullah! Aku suka kau. Betul!”
“Bye. Bye. Bye!”
Rania terus menutup pintu. Dia kembali ke katil. Menarik keluar semula bekas ubat di bawah selimutnya. Sedikit demi sedikit air matanya menitis di pipi. Dia sangat tersentuh mendengar kata-kata Qayum walaupun lelaki itu kedengaran tidak serius semasa mengatakan hal tadi.
Rania memandang bekas ubatnya. “Aku sakit, Que. Kau tak boleh suka aku. Kau takkan bahagia,” bisiknya sendiri. Air matanya terus berlinangan.
Qayum menuju ke dapur. Membersihkan bekas pinggan makan Rania. Dia tersenyum sendiri. “Betul ke aku yang cakap tadi?” desisnya. Dia ketawa sendiri apabila memikirkan caranya meluahkan perasaan terhadap Rania. “Tapi aku yakin, aku memang suka dia. I love her.”


Qayum mengusapkan sisa air wudu di wajahnya. Usai menunaikan solat Subuh dia menadah tangan. Entah mengapa pagi ini dia merasakan satu perasaan yang berbeza. Rasa keyakinan untuk meluahkan perasannya sekali lagi.
“Ya Tuhan. Aku tak tahu mengapa perasaan ini muncul. Aku tak tahu bila dan bagaimana aku mula mencintai dia. Bahkan aku sendiri tidak tahu inikah cinta atau nafsu. Tapi pagi ini aku ingin meminta daripada Mu ya ALLAH. Jika dia adalah jodohku maka dengan izin Mu, satukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai. Jika dia adalah jodoh dari Mu untukku, aku ingin sehidup semati dengannya. Tunjukkanlah makna perasaan aku ini ya ALLAH Tuhan yang Maha Mengetahui. Aamin ya Rabb.”
Pintu biliknya diketuk usai dia melipat sejadah. Rania muncul.
“Sorry kacau pagi-pagi. Pak Su ajak pergi neseri. Dia suruh tanya kau nak ikut tak?” soal Rania yang sudah bersiap.
“Pagi-pagi? Baru pukul 6.30?”
“Aku dengan Pak Su memang suka pergi sana waktu Subuh. Baru seronok nak bercucuk tanam.”
Qayum setuju. Dia meminta masa untuk bersiap.
Setibanya di neseri, kawasan pergunungan yang berada di belakang neseri kelihatan kabur. Dipenuhi kabus tebal. Udara terlalu sejuk.
Zamri dan Rania memulakan aktiviti paginya dengan memeriksa strawberi dahulu. Qayum tidak lupa membawa kameranya.
“Rania. Aku sebenarnya cintakan kau.”
Kata-kata itu terbit dari mulutnya. Qayum berasa yakin untuk meluahkan lagi tetapi kali ini dalam nada yang lebih serius.
Rania tergelak kecil. Dia cuba menolak walaupun jauh di sudut hatinya sangat terharu dengan pengakuan lelaki itu.
“Kau ni tak habis-habis merepek. Aku...”
“Dengar dulu. Aku cintakan kau, Nia. Mungkin aku dah lama sukakan kau tapi aku baru sedar sekarang. Aku pun tak tahu.”
“Que...”
“Aku nak jadikan kau isteri aku. Isteri aku, dunia akhirat. Aku mencintai kau, Rania.”
Wajah Rania berubah. Dia perlu menidakkan keinginan Qayum. Dia merasakan sangat kecil untuk bersama lelaki itu.
“Qayum, kau pernah dengarkan kata-kata pujangga ni. Cinta tak semestinya memiliki. Maafkan aku.”
Qayum hampa. Namun dia perlu menerima balasan Rania. Gadis itu juga sangat berat hati melepaskan cinta Qayum tapi apakan dayanya. Dia merasakan tidak layak berdampingan bersama lelaki itu. dia hanya akan menyusahkan Qayum kerana penyakitnya.
Tiba-tiba Rania berasa sakit. Tulang belakangnya terasa sangat perit. Kali ini dia tidak dapat menahan kesakitan. Rania menjerit sekuat hati.
Zamri dan Qayum terkejut dan segera mendapatkan gadis itu.
“Nia! Nia, kau ok tak? Nia?” ujar Qayum.
Rania terus menjerit. Tidak dapat mengawal rasa sakitnya lagi. Dia tidak peduli Qayum berada dengannya ketika itu.
Namun Zamri kelihatan biasa dan tidak tegang. “Qayum, bawa Rania ke rumah. Cepat,” arahnya.
Qayum yang cemas terus mengangkat Rania. Gadis itu sudah pucat dan hidungnya mula berdarah lagi. Dia bergegas pulang ke rumah.
“Baringkan dia,” ujar Zamri sebaik mereka memasuki bilik Rania. Qayum duduk sambil tangannya digenggam erat oleh gadis itu.
“Nia, kau kenapa ni? Nia. Nia.”
Marni segera melepaskan pegangan tangan Rania dari Qayum. “Qayum, mari kita keluar dulu. Biar Pak Su uruskan Nia.”


Zamri melangkah keluar. Marni segera mendapatkan suaminya dan bertanya tentang keadaan Rania.
“Dia dah ok. Biar dia berehat.”
“Pak Su, Mak Su. Kenapa dengan Rania? Dia sakit ke?” soal Qayum cemas.
Marni dan Zamri saling berpandangan. Mereka kelihatan berat untuk memberitahu Qayum tentang penyakit Rania.
“Pak Su rasa, baik Qayum dengar dari Nia sendiri bila dia sedar nanti. Pergilah tunggu dia kat bilik,” balas Zamri seraya membawa isterinya ke ruang tamu.
Qayum memasuki bilik Rania dan melihat gadis itu sedang lelap. Tidak tahu sama ada gadis itu tidur atau tidak sedarkan diri. Sedih hatinya melihat Rania dalam keadaan begitu.
Jam hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Qayum menuju ke jendela dan membuka bidai supaya cahaya dapt memasuki bilik suram itu. pandangannya beralih ke arah meja solek apabila terlihat sekeping gambar.
“Gambar aku!”
Qayum melihat ada sekeping gambarnya di atas meja solek gadis itu. Lelaki itu menjadi bingung. Qayum melihat di meja sisi katil terdapat tiga botol ubat yang tersusun cantik bersama sebotol besar air mineral.
“Mak Su... Mak...” Rania mulai sedar. Wajahnya masih pucat tetapi kelihatan sedikit bermaya.
“Nia. Kau dah bangun?”
Rania terkejut melihat Qayum berada di bliknya. “Kau buat apa sini?” soalnya lalu duduk.
Qayum benar-benar ingin tahu. Dia menghampiri Rania lalu menentang mata gadis itu. rania menjadi cemas. Tidak dapat membaca fikiran lelaki itu.
“Kau tak ada kawan, hidung kau berdarah, ada bekas ubat atas meja kau. Kau sakit kan?” soal Qayum perlahan.
Rania menjadi serba salah. Dia segera menukar topik perbualan.
“Mana ada! Jom sarapan, aku laparlah.”
Qayum mengenggam kuat lengan gadis itu. “Jangan tipu aku Rania! Kau sakit kan! Kau sakit apa?”
“Tak, aku sihat! Tengok ni! Aku sihat kan.”
“Aku tengok dengan mata aku sendiri kau mengerang kesakitan tadi. Muka kau pucat sangat, hidung kau berdarah lagi! Cakap Nia, cakap!”
“Aku... aku...”
Sekali lagi Qayum mendesak. “Aku tak faham kenapa gambar aku ada pada kau. Ada apa sebenarnya ni? Kenapa kau sembunyikan semua ni dari aku? Kau sakit apa Nia!”
“Que!”
Rania menolak tangan Qayum yang semakin keras mengenggam lengannya. Qayum tersentak. Dia tidak dapat mengawal emosinya.
“Memang aku sakit! Aku perempuan yang berpenyakit! Dan tak lama lagi aku dah nak mati. Puas!”
Qayum benar-benar terkejut. “Kenapa kau tak cakap?” soal Qayum.
“Macam mana aku nak cakap yang aku sakit pada lelaki yang aku cintai?” balas Rania perlahan. Qayum sekali lagi terkejut.
“Cintai? Tapi kau...”
Kali ini giliran Rania memintas. “Aku cintakan kau Que. Sebenarnya dari sekolah aku dah mula jatuh cinta pada kau. Tapi aku sakit! Aku berpenyakit. Aku tak layak untuk kau! Hidup aku dah tak lama. Aku tak boleh bahagiakan kau. Aku malu dengan penyakit ni. Especially dengan kau.”
Qayum terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa.
“Aku sayang kau Que. Masa kau cakap perasaan kau tadi, aku bahagia sangat! Tapi aku kena sedar diri. Aku dah nak mati, aku tak nak dicintai. Biarlah aku simpan perasaan aku sendiri sampai aku mati. Aku sakit, aku dah nak mati Que!”
Qayum terus memeluk Rania. Dia berasa sangat sedih.
“Pergilah Que. Baliklah ke tempat kau. Kalau kau terus kat sini, kau akan menyesal nanti.”
Qayum melepaskan Rania. Dia merapati gadis itu.
“Aku takkan menyesal. Aku cintakan kau sorang. Aku nak jaga kau,” ujar Qayum sambil air matanya menitis. Dia tidak dapat menahan sebak berhadapan dengan Rania
“Aku sakit Que. Aku ada kanser. Kanser tulang belakang. Apa lagi yang kau harapkan?”
“Aku harap kau sudi jadi isteri aku. Kalau kau mati lepas ni pun, aku nak kau mati sebagai isteri aku. Kalau aku terus hidup tanpa kau, aku nak bagitahu semua orang yang aku adalah suami kepada seorang gadis tabah dan kuat. Aku nak nikahi kau, please!” rayu Qayum bersungguh.
Rania terlalu sedih. Air matanya berjuraian tanpa henti. Terharu mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu.
“Aku nak hidup dengan kau sampai akhir hayat kau. Untuk jaga kau, aku nak jadi suami kau. Lebih mudah aku jalankan hidup dengan kau,” pinta Qayum lagi.
“Terima kasih, Que. Terima kasih.”

                             _________________________________

Berwalikan Zamri, akad nikah Qayum dan Rania selesai. Hari demi hari keadaan Rania semakin lemah. Mereka tidak mengadakan sebarang majlis. Hanya menjemput jiran tetangga untuk menghadiri majlis akad nikah.
“Arwah abah yang ada kanser. Mak Nia sihat. Nia dapat tahu Nia ada kanser sejak tingkatan tiga. Lepas SPM, Nia pindah sini. Pak Su doktor, jadi dia yang jaga Nia sampai sekarang.”
Rania meluangkan masa dengan berbual dengan suaminya di ruang tamu. Qayum membiarkan Rania bersandar dalam pelukannya.
“Kalau Nia pergi, abang jaga diri ya.”
“Kalau sayang pergi, abang nak ikut boleh?” ujar Qayum seraya mengucup dahi isterinya.
“Boleh, kalau ALLAH izinkan. Tapi Nia nak abang terus hidup. Nia nak abang kahwin lagi, dapat anak, dapat cucu. Kalau abang ikut Nia, abang tak dapat rasa semua tu.”


Rania mengucup tangan Qayum usai solat Subuh. Qayum mengetuai bacaan doa. Dia memandang isterinya yang kelihatan anggun dalam pakaian solat.
“Dah seminggu abang demam panas. Abang rehat ya. Buat masa ni, abang tak payah imamkan Nia dulu,” ujar Rania lalu menghampiri suaminya.
“Ambilkan bantal tu,” pinta Qayum lembut. Wajahnya penuh senyuman. Sejak mengalami demam panas yang teruk, wajahnya sering pucat di waktu pagi.
Qayum mengambil bantal dari isterinya lalu diletakkan di hujang sejadah. “Baring sini.” Qayum meminta Rania berbaring di sebelahnya di bantal itu. Beralaskan sejadah dan bantal mereka baring bersama. Rania masih memakai telekung.
“Badan abang panas sangat,” ujar Rania sambil meletakkan belakang telapak tangannya di leher Qayum.
“Abang ok. Sayang ok tak?” soal Qayum lembut. Rania mengangguk perlahan.
“Jangan tinggalkan abang, sayang.”
Rania mengagguk. “ Tak. Nia tak tinggal abang. Nia sentiasa bersama abang.”
Perlahan demi perlahan mata mereka tertutup. Rapat dan semakinrapat. Pegangan mereka terlepas dengan sendiri. Denyutan nafas semakin perlahan dan perlahan.
Mereka pergi. Kini dan selamanya. Dan demi cinta, mereka pergi menemui Maha Pencinta. 

Saturday, 5 October 2013

Biarkan Aku Jatuh Cinta

Dania melangkah keluar. Udara pagi ini sangat segar. Dia seperti mendapat nafas baru hari ini sebaik bangun tadi. Entah mengapa dia dapat merasakan sesuatu yang tidak di duga akan berlaku pada dirinya.
Bersemangat sungguh gadis berusia 23 tahun itu berjalan menuju ke kelas paginya. Senyuman yang terukir di wajah jelas menggambarkan kegembiraannya. Rakan-rakannya, Julia dan Safa juga agak hairan melihat tingkah laku Dania. Gadis itu tidak selalu ceria. Gadis yang mereka kenali biasanya diam dan tidak mudah melemparkan senyuman. Tapi hari ini, Dania benar-benar berbeza.
“Nia, aku tengok kau seronok aje hari ni? Ada yang menarik ke?”soal Safa sebaik mereka duduk di dalam dewan kuliah.
“Tak tahu Fa. Aku rasa happy sangat. Tapi aku risau jugak. Yalah, kata orang-orang tua suka-suka lama-lama jadi duka. Tapi tak tahulah, hari ni aku rasa nak senyum aje. Hati aku melompat-lompat gembira. I don’t know why,” balas gadis itu.
Dania mengeluarkan buku catatannya dari dalam beg. Sebatang pen diletakkan di sisi buku dan dia menumpukan perhatian pada pensyarah yang berada di hadapan dewan.
Dewan besar itu semakin dipenuhi para penuntut. Terdapat juga beberapa orang yang baru. Mungkin mereka baru saja dimasukkan.
Seorang gadis berkulit putih mengambil tempat dudu di sebelah Dania. Mereka saling tersenyum. Dania terus menegur gadis itu untuk berkenalan.
“Hai, nama aku Dania. Kau?”
“Hai.”
Mereka berjabat tangan. Begitu juga Safa dan Julia.
“Aku Liyana. Korang semua ni senior ke?” soal Liyana ragu. Tiga orang gadis itu ketawa kecil.
“Tak adalah. Kita orang sama macam kau. Baru semester pertama. Cuma kita orang dah masuk minggu lepas so kelas dah mula. By the way, nanti kalau ada topik yang kau tertinggal just tanya kita orang. Ok?”
Liyana lega. Meskipun baru menjejakkan kaki di universiti ini, dia diterima baik oleh tiga orang gadis itu. bahkan mereka sudah mulai akrab walaupun baru hari pertama Liyana berkenalan.
                       -----------------------------------------------------

Kerusi di hadapannya semua sudah dipenuhi pelajar. Daris berjalan lagi ke hadapan untuk mencari kalau-kalau masih ada kerusi yang kosong. Azri dan Jamal mengikut saja langkah Daris mencari tempat duduk. Dewan kuliah menjadi snagat bising meskipun terdapat tiga orang pensyarah di hadapan. Mujur, Daris mendapat tempat duduk di bahagian tengah dewan. Cepat-cepat tiga orang lelaki segak itu mendapatkannya sebelum diambil oleh pelajar lain.
“Nasib baik dah dapat tempat duduk, Ris. Kalau tak duduk kat mana pun tak tahulah. Kau tengok belakang tu, dah makin ramai orang,” rungut Jamal. Daris ketawa saja.
“Aku tak tahu pulak dewan universiti macam dalam pawagam. Penuh gila dengan manusia. Apalah nasib aku masuk universiti ni!” rungut Azri pula.
“Inilah korang. Kalau dalam pawagam bersesak-sesak nak pulak. Ni nak menuntut ilmu merungut-rungut. Apalah!” desis Daris memerli dua rakannya itu.
Mata masing-masing meliar memandang sekeliling dewan yang besar itu. terlalu bising hingga perlu meninggikan suara untuk bercakap.
Tiba-tiba Daris memandang satu susuk tubuh gadis yang sangat dikenalinya. Dari sisi dia yakin gadis itu adalah rakannya dulu. Daris tersenyum. Namun niatnya untuk menyapa dibatalkan apabila dia mengingati satu peristiwa yang pernah berlaku antara mereka berdua.
“Aku tak nak ingat kau lagi! Tak nak!” teriak hati kecil lelaki itu.

                    ----------------------------------------------------

Julia mencuit-cuit Safa dan Dania. Dia terpandang sekumpulan lelaki yang kacak dan segak yang duduk berdekatan mereka.
“Girls, tengok tu! Handsomenya! Cuba tengok yang baju putih tu. Kacaknya, korang!!! Kulit putih, handsome. Tengok cara dia duduk pun bergaya!” sorak Julia tidak henti-henti.
“Kau ni Ju. Semua lelaki kau cakap handsome. Bagitahu aku, lelaki mana tak handsome kat mata kau?” sindir Safa. Dania dan Liyana ketawa saja.
Julia mencebik tetapi senyum semula melihat lelaki itu.
“Memanglah, tapi korang cuba tengok yang ni. Yang ni korang pun akan setuju. Handsome gila! Tengoklah!”
Melayan kerenah Julia yang tidak habis memuji lelaki, Safa, Dania dan Liyana mengalihkan pandangan ke arahan lelaki-lelaki yang dimaksudkan gadis itu.
Tanpa di duga, lelaki-lelaki itu turut memandang mereka. Alangkah gembiranya gadis-gadis itu. namun tidak bagi Dania. Dia melihat seorang lelaki yang benar-benar dikenalinya. Lelaki yang membuatnya jatuh cinta. Tapi sikap lelaki itu berubah hanya kerana kesilapan kecil.
“Daris?!” fikir Dania. “Apa dia buat dekat sini? Dia pun study sini? Kenapa aku tak tahu? Dia baru masuk ke?”
Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran Dania sebaik melihat Daris di kumpulan lelaki yang dimaksudkan Julia. Dan lelaki yang sedari tadi dipuji-puji oleh Julia adalah Daris sendiri.
Daris dan Dania saling berpandangan. Ada perasaan rindu, ada kebencian, ada kemarahan dan kegembiraan yang bercampur-baur di dalam hati. Tapi masing-masing meninggi dengan keegoaan.
Azri bersama Daris dan Jamal turut memandang gadis-gadis itu. entah mengapa, hatinya terpikat dengan keanggunan wajah Dania. Hatinya benar-benar ingin berkenalan dengan gadis jelita itu.
“Ris, Mal. Kau tengok awek-awek tu. Cantik seh! Kau tengok yang baju kurung merun tu. Comel gila kot!” ujar Azri yang masih memandang Dania.
Daris menyedari gadis ayu yang dimaksudkan Azri adalah Dania. Dia tahu ramai lelaki yang memandang gadis itu pasti terpikat. Begitu juga dengan dirinya. Sukar diakui tapi itulah kenyataannya. Selama hubungannya dengan Dania dingin, dia dilanda kegelisahan dan kerinduan. Namun, acap kali mengingati kejadian memalukan itu Daris berubah hati. Tapi jauh di sudut hatinya sangat mendambakan Dania.
Dania mengalihkan pandangan kembali ke arah hadapan dewan sebaik pensyarah bersuara. Begitu juiga Daris dan mereka yang lain.

                            ------------------------------------

“Kau kenapa pulak? Tadi pagi punya seronok. Petang dah masam muka pulak! Apahal ni?” ujar Safa.
Dania tidak menjawab. Pandangannya masih memandang keluar jendela. Daris masih menganggu fikirannya sejak tadi.
“Nia, kau ni. Kita orang semua tengah syok-syok ni baru lepas jumpa jejaka-jejaka kacak tadi! Kau pulak buat muka. Dari balik dewan tadi. Kenapa? Salah sorang lelaki tu dah pukau kau eh? Kau dah jatuh cinta kan?” usik Julia pula.
“Betul dugaan aku. Aku suka-suka pagi tadi, sekarang dah macam ni. Tak ada apalah. Aku letih aje,” balas Dania yang masih berkerut dahi.
“Ok, ok. Untuk release tension, jom pergi makan. Aku laparlah. Jom girls!” ajak Safa.
“Jom!” Liyana dan Julai serentak bersuara. Namun Dania masih dengan perasaannya.
“Korang pergilah. Aku letih, nak tidur. Malam nanti kita borak lagi ok. Kita borak pasal Liyana, roommate baru!” ujar Dania yang cuba menyembunyikan susah hatinya.

                    ----------------------------------------------------

Daris berbaring sambil termenung. Wajah Dania masih bermain di benaknya. Kata-kata pujian Azri terhadap Dania sama sekali tidak diendahkan.
“Aku nak kenal dengan perempuan tu. Esok pagi-pagi aku nak cari dia, nak kenal dia. aku nak tanya nama dia, nombor telefon dia. kalau sampai aku dapat jadi boyfriend dia, korang nak bagi aku apa?” ujar Azri.
“Perempuan yang cantik tak semestinya baik, Ri.”
Tiba-tiba Daris bersuara. Jamal dan Azri saling berpandangan.
“Dah lima jam, Ris. Baru sekarang aku dengar suara kau. Memang tak semua perempuan cantik, baik. Tapi tak semua yang cantik tu tak baik. Dan aku sangat yakin, perempuan tadi memang baik. Confirm punya!”
Daris diam semula. Dia terkenang kembali bagaimana dia mula bersikap kasar dengan Dania.
Suasana kelas yang senyap menambahkan kehangatan peperiksaan. Duduk bersebelahan dengan Dania ketika peperiksaan memang perkara yang selalu diingini Daris. Gembira hatinya dapat sama-sama menjawab soalan dengan gadis idamannya.
“Nia, Nia.”
Panggilan Daris yang seolah berbisik itu tidak diendahkan. Sebatang pembaris yang dipinjam oleh Dania masih belum dipulangkan. Daris yang memerlukan pembaris memanggil Dania namun gagal apabila Dania tidak mendengar suara lelaki itu.
“Nia!” Daris meninggikan suaranya sedikit. Namun malang tidak berbau. Guru yang menjaga peperiksaan menyedari kejadian itu.
“Daris! Apa kamu buat tu? Nak meniru ke?” bentak Pn. Sakinah. Daris menjadi malu apabila seisi kelas memandangnya.
“Bukan, cikgu. Saya nak pembari dari Nia.”
“Apa? Kamu ni nak periksa tak ada pembaris sendiri ke? Kamu tahu kan ni periksa mana boleh bersuara. Kamu boleh dikatakan meniru. Nak saya gagalkan markah kamu? Pembaris pun tak ada. Pelajar apalah kamu ni?”
Sebaik Pn Sakinah beredar, Daris memandang Dania yang sedang tersenyum mentertawakannya.
Daris benar-benar malu apabila semua rakan-rakanya mentertawakannya. Namun yang paling menambah kesalnya, Dania turut mentertawakannya.
Sejak kejadian itu, dia tidak pernah lagi menganggap dania sebagai rakan. Malah mereka tidak bertegur lagi sejak itu. hubungan persahabatan mereka yang sangat akrab menjadi sangat renggang kerana peristriwa memalukan itu. daris tidak menyangka Dania turut mentertawakannya bukan sebaliknya membantunya membela diri di hadapan guru. Itulah yang membuatkan Daris marah besar dengan Dania.
Namun, sukar dinafikan dan dia sendiri tidak mampu menolak hatinya. Daia sangat merindui Dania. Tapi apakan daya, ego kelelakiaan menyekat kerinduannya kepada gadis itu.
Daris tersentak dari lamunannya. Jamal yang tiba-tiba menerjahnya terkedu apabila Daris membentak.
“Korang boleh jangan kacau aku tak! Aku penat, nak rehat! Korang bla lah!”
Jamal dan Azri tersentak. Daris tidak pernah seberang itu. mereka berdua terus meninggalkan Daris sendirian di dalam bilik.
Daris mengiring memandang ke arah dinding. Ada sedikit rasa menyesal kerana mengasari Dania setelah kejadian itu. namun ada rasa geram juga pada gadis itu kerana tidak membelanya.

                              -------------------------------------------------

Dania mengenakan cardigan dan melangkah keluar untuk membeli minuman ringan di tingkat bawah.
Udara berangin malam ini membuat Dania kedinginan. Sambil berjalan, dia mengusap-usap lengannya. Perlahan mengatur langkah menuju ke mesin minuman. Dari jarak dekat, Dania dapat melihat bangunan asrama lelaki yang berada berhadapan dengan bangunan asrama perempuan. Mesin minuman berada di lorong pejalan kaki yang memisahkan bangunan asrama lelaki dan perempuan.
“Daris.”
Nama itu tiba-tiba muncul di fikirannya. Sambil memasukkan syiling ke dalam mesin, fikirannya melayang mengenangkan pertama kali Daris yang tidak pernah mengasarinya serta-merta memarahinya hingga hubungan persahabatan mereka terputus begitu saja.
Dania mendapatkan Daris yang segera melangkah keluar untuk berehat dari kelas setelah tamat peperiksaan. Dia benar-benar ingin meminta maaf atas silapnya yang mentertawakan Daris dan bukan membantu lelaki itu.
“Ris, aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu sepatutnya aku jelaskan pada cikgu tapi aku...”
Daris segera memintas. “Kau tahu apa yang sepatutnya kau buat tapi, ada kau buat ada yang sepatutnya? Kau ikut dia orang ketawakan aku! Baguslah tu! Macam ni kawan aku, baguslah!” bentak Daris.
“Sebab tu aku mintak maaf. Kau nak aku buat apa biar kau tak marah lagi?” kesal Dania.
“Jangan ganggu aku! Pergi!” usir Daris yang masih geram.
“Tapi Ris...”
Sekali lagi Daris memintas dan tidak membenarkan Dania bersuara.
“Kau tahu tak kau tu kawan tak guna! Tahu tak?! Hei perempuan, kau diamlah!! Bingit tahu tak!”
Kata-kata Daris benar-benar mengguris hati Dania. Sejak kejadian itum, mereka langsung tidak pernah bertegur antara satu sama lain.
Hanya kerana perkara sekecil itu mereka menjadi dingin. Dania yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meminta maaf sama sekali tidak diendahkan. Malahan, Daris menghinanya.
Lamunan Dania terhenti. Air tin mnuman yang keluar dari mesin itu memeranjatkan Dania. Dia mencapai air tin itu dan beredar.
Namun langkahnya terhenti apabila dia menoleh ke arah kanan untuk kembali ke bilik, Daris sedang berjalan menuju ke mesin yang sama dari asrama lelaki.
Dania serba salah apabila Daris berhenti di pertengahan jalan sebaik melihatnya. Dania memberanikan diri untuk melewati Daris.
Mereka berjalan semula dan bertembung. Namun, masing-masing tidak bertegur. Marah dan kekesalan masih memenuhi ruang hati mereka. Pandangan mata juga dialihkan. Mereka seolah-olah tidak mempedulikan satu sama lain.

                      -------------------------------------------------

“Kau pergi mana Nia?” soal Safa sebaik Dania membuka pintu bilik. julia dan Liyana turut memandang Dania yang bermasam muka.
“Aku beli air kat bawah. Korang tak tidur lagi? Kan dah lewat ni,” balas Dania seraya mengunci pintu bilik dan menuju ke katilnya yang dikongsi dengan Julia. Dania memilih tingkat bawah kerana mudah baginya untuk bangun.
“Tadi kau cakap nak borak-borak pasal Liyana. Kita orang tunggu kau ni. Jomlah,” ujar Safa.
Dania berbaring. Air tin yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja belajarnya.
“Aku tak sedap badanlah. Korang ajelah yang borak ok. Aku tidur dulu. Good night korang!”
Dania terus berpaling menghadap dinding dan melelapkan matanya. Dia mengharapkan semasa bertemu dengan Daris tadi, lelaki itu akan menegurnya dan meminta maaf kerana pernah mengasarinya. Namun, hampa. Daris masih dengan egonya yang sentiasa merasa benar.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata yang sedari tadi dipejam masih belum lena. Daris masih mengganggu fikirannya. Dania bergerak-gerak di atas katil sedari jam 10 malam tadi.
Liyana tersedar dan menyedari sikap Dania. Gadis itu duduk menghadap katil Dania. Julia dan Safa sudah lena diulit mimpi.
“Nia...” panggil Liyana. Dania tersentak. Dikirakan siapa yang menegurnya di waktu seperti ini.
“Err Yana. Tak tidur lagi.”
“Aku tahu kau ada msalah kan. Sikap kau berubah lepas dari dewan siang tadi. Ada apa ke yang kat dewan tu? Ada orang yang ganggu kau ke?” soal Liyana ingin tahu.
Dania bingkas duduk emnghadapa Liyana.
“Aku dapat rasakan yang kau sembunyikan sesuatu dari kita bertiga. By the way, kalau kau ada masalah, just share. Aku kan kawan kau, Nia,” sambung Liyana yang simpati melihat Dania yang seperti orang tidak tenang.
“Aku ok cuma...” Dania berhenti seketika. Lebih baik dia tidak menceritakan tentang Daris kepada rakannya. Rakan-rakannya tidak perlu tahu mereka saling kenal dan pernah mengalami maslaah hingga ke hari ini.
“Cuma apa?” soal Liyana.
Dania menggeleng seraya berbaring semula.
“Oklah. Aku tak paksa kau untuk cerita. Whenever kau rasa nak share, aku ada ok. You can trust on me. Oklah, aku sambung tidur. And kau pun tidur, esok pagi ngantuk nanti. Dah ponteng kelas. Esok kan kelas pertama aku aku nak pergi dengan korang semua,” ujar Liyana. Gadis itu kembali berbaring.
“Thank you Yana.”

                    --------------------------------------------------------

Azri sedang leka memerhati Dania yang melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Jamal dan Daris yang sedang membaca surat khabar di sisinya tidak diendahkan. Perhatiannya sepenuhnya kepada Dania yang sedang menuju ke arah rak buku psikologi.
“Kau rasa tepat tak masa ni untuk aku tackle die?” bisik Azri. Daris memandang sebaik Azri bersuara.
“Siapa?” soal Daris. Pantas jari telunjuk Azri menunding ke arah Dania yang sedang mebelek-belek buku.
Daris diam semula. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Walaupun agak kesal dengan Dania, namun dia tidak dapat menepis rasa cemburu apabila Azri berusaha merapati Dania.
Azri mengatur langkah dan menghampiri Dania yang sedng berada di rak buku. Ia membetulkan rambutnya walaupun sudah kemas. Dia ingin kelihatan segak ketika berhadapan dengan gadis itu.
Sebaik berada di belakang Dania, Azri sengaja berdehem. Dania menoleh seraya tersenyum.
“Hai,” tegur Azri sambil melemparkan senyuman nakalnya kepada Dania.
“Hai.”
Azri menghulurkan tangan lalu memperkenalkan dirinya. “Saya Azri. Awak?” Azri memulakan perbualan.
“Saya Dania. Ada apa ya?”
Azri bengang.
“Tak ada apa. Saja nak berkenalan. Boleh kan Cik Dania?” ujar Azri. Dania tergelak kecil.
“Oh! Ingatkan ada apa tadi. Ok, ok. Maaflah ya.”
“It’s ok. By the way, awak senior ke?” soal Azri yang semakin mesra berbual dengan Dania.
Daris hanya memerhati saja dari tempat duduk. Rasa cemburu terus-menerus membakar hatinya. Namun, apakan daya dia bukanlah sesiapa bagi Dania. Tidak mungkin dia menghalang perkenalan antara Azri dan gadis itu.
Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya gembira. Sudah lama dia merindukan senyuman Dania seperti hari ini. Sejak bertelagah, mereka tidak pernah lagi berteguran atau menyapa walau hanya dengan senyuman.
“Ris, kau rasakan, Azri tu dapat tak tackle awek tu?”
Tiba-tiba Jamal menegur. Daris tersentak.
“Entah,” ringkas jawapan Daris. Enggan bersuara lebih.
“Tak adalah. Aku tengok macam sesuai aje dia orang berdua tu. Azri memanglah tak se-handsome aku, tapi awek cun tu nak ke dengan dia?” usik Jamal sambil terkekek-kekek ketawa.
Daris diam saja. Itu lebih baik dari bersuara. Dia tidak mahu ada sesiapa tahu bahawa dia dan Dania saling kenal.
“Daris, kau dengar tak? Aku cakap dengan tunggul ke ni?” desir Jamal apabila kata-katanya tidak dilayan.
Daris mengeluh. “Mana aku tahu. Yang kau sibuk-sibuk apahal? Kau pun nak awek tu jugak?” soal Daris dengan mimik muka yang masam. Dia kiurang senang mendengar Jamal bercerita hubungan Azri dan Dania. Sakit rasa hatinya!
“Aku? No way man! Taste aku lain.”
“Apasal? Kau nak cakap yang Dania tu bukan taste kau? Macam tu?”
“Dania tu bukan tak cantik. Tapi tak adalah lawa mana. Muka macam dia tu, tepi jalan boleh dapat.”
Daris bingkas berdiri. Tidak semena-mena menjadi sangat marah apabila Jamal seolah menghina Dania.
“Kau apahal?! Kalau dia bukan taste kau sekali pun, tak payahlah hina. Dania tu perempuan paling sempurna yang aku pernah kenal dan kau...”
Daris tersedar. Suaranya memenuhi perpustakaan yang senyap sunyi. Dia sendiri terkejut dengan tindakannya. Azri dan Dania turut memandang Daris. Beberapa orang pustakawan emmerhati dengan pandangan bengis apabila perpustakaan menjadi bising.
Tanpa sepatah kata lagi, Daris pantas berjalan melangkah keluar dari perpustakaan. Azri agak keliru apabila mendengar Daris menyebut nama Dania.
“Itu Daris, awak kenal dia?” soal Azri. Dania tidak menjawab. “Dania, are you ok?”
Dania terpaksa senyum. Dia tidak mahu mengundang prasangka buruk Azri terhadap dirinya.
“Entah. Mana saya tahu. Dia kan kawan awak.”
Dania terus meninggalkan perpustakaan dan menuju ke tandas. Dia membasuh mukanya seraya merenung wajahnya di cermin kaca. Dania menunduk semula.
‘Dania tu perempuan paling sempurna yang aku pernah kenal...’
Kata-kata Daris masih terngiang-ngiang di telinga. Benarkah apa yang didengarinya tadi. Mengapa dia merasa gebira mendengarnya?
“Dania, enough! Tak ada maknaya semua cakap dia. Aku salah dengar dan aku yang perasan! Dia benci aku, aku kawan yang tak guna! Nia, please, just forget it ok!”
Dania bermonolog sendiri. Dia cuba menyangkal perasaannya sendiri.

                        --------------------------------------------------------

Daris membuka pintu. Kelihatan Azri dan Jamal sedang duduk di atas katil masing-masing. Daris menutup pintu dan berbaring di atas katilnya. Jamal dan Azri yang sedari tadi memandangnya, tidak diendahkan. Daris malu dengan tindakannya di perpustakaan tadi.
Jamal bersuara.
“Sorry pasal tadi,” desir Jamal perlahan. Azri memerhati saja dua orang sahabatnya itu. Daris masih berdiam.
“Apahal ha korang ni? Sorang bisu, sorang buat hal sendiri. Korang tak nampak aku kat sini ke? Helo!!!” celah Azri.
Daris duduk. Jamal dan Azri serentak memandangnya.
“Mal, sorry pasal tadi. Aku pun tak tahu apahal tapi aku...” Daris diam semula.
“Dahlah. Tak ada hal lah.”
Azri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sikap aneh dua orang rakannya itu membingungkannya.
“Peliklah aku dengan korang berdua ni. Kejap elok, kejap tak! Lantaklah,” rungut Azri.

                           ------------------------------------------------------

Awal-awal pagi lagi Dania, Liyana, Julia dan Safa sudah bersiap. Dia perlu menghadiri persatuan yang baru disertainya semalam. Mereka akan mengadakan perjumpaan ahli.
Setibanya di bilik persatuan, mereka melihat Daris dan rakan-rakannya turut berada di situ.
“Dia orang pun kelab ni ke? Bestnye!!!” bisik Julia gembira apabila melihat tiga orang lelaki itu berada di situ.
Mereka berempat mengambil tempat duduk. Daris duduk betul-betul berhadapan dengan Dania. Mereka berdua menjadi tidak senang duduk.
“Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang kepada para junior yang baru menyertai Kelab Pencinta Alam,” ucap pengerusi kelab itu.
“Memandangkan kelab ni menerima banyak kemasukan junior baru, kami dah berbincang dengan pihak universiti untuk mengadakan perkhemahan. Sebagai permulaan, kita akan adakan opertandingan. Antara para senior dan junior lawan, kutip sampah paling banyak. Ok! Semua ahli kelab digalakkan untuk menyertai. Terutama para junior. Tapi tak ada paksaan. Di camping tu nanti, kita akan berkenalan antara satu sama lain. So, kalau ada sebarang pertanyaan atau nak tahu apa-apa, boleh jumpa salah seorang dari kami. Tarikh dan tempat akan kami umumkan bila dah confirm ok.”

                              ------------------------------------------------------

“Aku tak nak pergi. Tak faham ke?”
Julia dan Safa berkeras mendesak Dania untuk menyertai perkhemahan itu. dania enggan menyertai perkhemahan itu kerana Daris akan turut serta.
“Jomlah Nia. Mesti best. Daris and the gang pun ada. Come on lah Nia! Tak best kalau kau tak ada. Liyana pun nak pergi. Jomlah Nia, jomlah!!!”
Liyana mencelah, “Seronok kalau kau ada. Jomlah eh.”
Dania tetap dengan pendiriannya untuk tinggal. Julia dan Safa putus asa. Dibiarkan Liyana pula yang memujuk gadis itu.
“Kau bagitahu aku, apasal tak nak pergi? Camping kan seronok. Inilah masanya kita refresh. Jom Nia... Hmmm...” Liyana cuba memujuk tapi masih hampa.
Dania masih berkeras. Begitu juga dengan Daris. Ternyata lelaki itu juga enggan mengikuti perkhemahan kerana adanya Dania.
“Tak macho lah kau ni Ris! Apasal yang kau tak nak ikut? Kat sana best punya! Nanti aku boleh kenalkan dengan awek aku, yang Dania tu,” ujar Azri.
Daris sengaja menguap walaupun dia tidak mengantuk. Bantal peluknya dibiarkan menutupi muka. Malas dia hendak mendengarkan Azri dan Jamal yang tidak habis-habis memaksanya mengikuti perkhemahan itu.
“Payahkan cakap dengan korang ni. Aku cakap tak nak, tak naklah. Tak faham ke? Nak aku cakap Jawa baru faham?” rungut Daris sambil matanya terpejam.
“Apasal yang kau tak nak? Ini first aktiviti luar kita tau. Tak bestlah kalau ada yang tak join.”
“Aku malaslah join camping bagai ni! Tak minat ok.”
“Banyaklah kau punya tak minat! Jangan nak buat-buat tak minat konon! Aku kenal kau dari kecil tau. Kau jiran sebelah rumah aku! Kaulah orang paling minat camping, boleh kata gian lah kalau dengar camping mesti join punya! Setiap bulan aje ada camping yang kau join, jangan nak membohong lah Ris! Cakap ajelah apahal?”

                            ------------------------------------------------

Akhirnya setelah dua minggu dipujuk dan didesak, Dania dan Daris mengalah. Mereka terpaksa mengikuti perkhemahan itu.
Setibanya di tapak perkhemahan, semua penuntut diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing yang dibawa dari universiti. Lokasi yang mereka pilih adalah di sebuah perkampungan. Mereka mendirikan khemah di seberanmg sungai supaya mudah mendapatkan sumber air tambahan.
Usai makan tengahari, mereka memulakan pertandingan mengutip sampah paling banyak. Peserta yang memperolehi sampah terbanyak akan memenangi pertandingan itu. penuntut senior dibahagikan kepada dua kumpulan begitu juga dengan junior yang mana kesemuanya ialah empat kumpulan.
Tanpa diduga, Liyana, Dania dan Daris dan Azri berada di dalam kumpulan yang sama.
“Hai,” sapa Azri sebaik mereka berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Dania hanya tersenyum.
“Tak sangka pulak dapat sekumpulan dengan awak. Untungnya saya ni kan,” sambung Azri.
“Apa yang untungnya?” balas Dania selamba. Azri tersengih.
“Yalah, saya bertuah sangat sebab diletakkan dalam satu kumpulan dengan awak. Memang saya nak selalu ada dengan awak.”
Dania mula tidak selesa. Nampaknya Dania mula menyedari cara Azri mendekatinya. Azri sudah terpikat dengannya.
“Oh ya ke?” Dania tidak terlalu melayani kata-kata Azri. Malah kata-kata Azri membuatkan dia teringat kepada seseorang. Ya! Daris!
Dia teringat bagaimana sewaktu di tingkatan 3 mereka sering ditempatkan bersebelahan semasa peperiksaan.
‘Beruntung aku duduk sebelah budak pandai...’
Itulah kata-kata yang selalu diucap oleh Daris apabila mereka ditempatkan bersama. Dania tersenyum sendiri apabila mengenang Daris. Dia masih berharap daris akan kembali seperti dulu.
“Nia? Nia?”
Dania tersentak. Lamunannya terhenti sebaik Azri bersuara.
“Ha?! Apa Azri?”
“Awak tu kenapa senyum-senyum sendiri? Awak pun suka eh ada dengan saya selalu? Maknanya saya ni tak bertepuk sebelah tangan kan?”
Dania mencebik. Geram pula dia dengan Azri yang kuat perasan itu.
“Ish! Merepek seh! Perasan. Dahlah, malas layan awak. Bye!”

                        -------------------------------------------

Mereka semua duduk membelakangi unggun api. Acara waktu malam adalah santai di mana mereka semua saling berkenalan dan berbual-bual kosong.
“Topik malam ni... apa best eh? Hmmm... ha! Zaman sekolah,” ujar pengerusi kelab. Mereka semua bersorak. “Korang yang junior ni pun baru je tinggalkan zaman sekolah kan. Mesti ingat lagi kenangan-kenangan yang best kat sekolah. Kita orang yang dah empat lima tahun tinggalkan pun masih ingat.
“Ok, macam ni. Kita pilih aje mana yang kita nak mula dulu. Pilih sorang demi sorang.”
Tiba-tiba Julia berteriak, “Dania! Dania!”
Dania tersentak. Apa yang hendak dia ceritakan tentang zaman persekolahannya. Tiada apa yang menarik.
“Ok, Dania. You may start now.”
“Hmm... cerita apa?”
“Anything about your school. Your teachers, your friends. Or maybe your boyfriend.”
Semua bersorak lagi. Dania memandang Daris. Hanya lelaki iu yang mengetahui kisah persekolahannya di antara yang lain.
“Saya nakl share tentang seorang kawan saya. Dia baik dan mudah tersenyum. Dia selalu ketawa sama-sama saya, buat kerja, borak-borak. Tapi tiba-tiba dia berubah.”
“Berubah?” soal pengerusi kelab. Dia dan semua ahli seperti tertarik mendengar cerita Dania. “Berubah macam mana?”
“Saya cuma buat sikit kesalahan tapi dia benci saya seumur hidup. Bahkan sampai sekarang. memang saya akui saya salah. Tapi saya dah mintak maaf tapi apa dia cakap. Dia kata saya perempuan tak guna! Saya cuma buat kesalahan yang hanya effect dia sekejap aje. Memang satu kelas ketawakan dia tapi ia tak kekal. Esok-esok dah tak ada apa. Tapi kerana hal kecil macam tu, dia benci saya dan mungkin dia anggap saya musuh dia seumur hidup.”
Semua orang yang mendengar cerita itu mengeluh. Sepertinya mereka tidak puas hati dengan tindakan lelaki yang diceritakan Dania.
Daris dalam diam menyedari siapakah lelaki yang dimaksudkan Dania.
“Mana lelaki tu sekarang?” tanya salah seorang senior. Mereka yang lain juga turut ingin tahu.
“Dia masih ada. Jarak antara kami sangat dekat tapi kenyataannya jauh. Dia terlalu bencikan saya hinggakan kami tak bertegur sejak kejadian tu.”
“Ok, ok. Permulaan cerita dah bad. So, Dania ada kenangan manis ke dengan lelaki tu?”
Dania mengerling ke arah Daris. Lelaki itu juga sedang memerhati Dania.
“Kami cukup rapat. Dia baik sangat sebelum ni. Tak ada sorang pun dari kawan-kawan saya yang pernah puji saya macam dia. dia selalu puji saya budak pandai, dia kata lukisan saya cantik padahal tak,” Dania tergelak kecil apabila mengenang detik-detik manis bersama Daris.
“Dania masih harap yang dia akan berbaik semula dengan awak ke?” soal salah seorang dari mereka lagi.
“Saya tak harapkan dia rapat semula dengan saya macam dulu. Saya sedar keadaan dah ebrubah. Apa yang saya harap, dia akan maafkan kesalahan saya dan kami berbaik semula. Saya cuma rindukan gelak tawa dia dengan saya, saya rindu the way dia senyum kat saya. Saya rindu nak berbual dengan dia.”
Daris mengalihkan pandangannya. Rasanya ingin saja dia bangkit dan mendapatkan gadis itu. dia juga sangat merindukan Dania. Namun, keegoannya menidakkan segalanya. Tidak mungkin dia mahu memaluka dirinya sendiri dengan menceritakan segalanya di hadapan semua orang.

           -----------------------------------------------------

Dania dan Liyana mengangkat piring-piring kertas ke atas meja kayu yang mereka bina kelmarin. Usai sarapan mereka akan bertolak pulang ke universiti.
“Nia, aku hantar roti kat sana eh. Kau tolong Kak Era tu buat air. Nanti aku datang,” ujar Liyana. Dania setuju.
Liyana terus menuju ke arah penuntut lelaki dan menghulurkan makanan untuk mereka.
“Nah, korang! Breakfast! Abang Khai suruh cepat kemas lepas ni nak terus balik.”
“Ok, thank you Yana. So nice of you,” balas Jamal nakal. Lelaki itu turut mengenyit matanya. Menyampah Liyana dibuatnya!
Sebaik Liyana menoleh, dia tidak sengaja terlanggar Daris dari belakang. Liyana terseliuh dan hampir terjatuh. Mujurlah Daris sempat menyambut Liyana.
Semasa dia dibantu daris, hatinya berdegup laju. Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh. Sesuatu yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.
“Err Yana. Ok tak?” soal Daris sebaik Liyana dapat berdiri stabil semula.
“Ok, ok. Saya ok.”
“Baguslah. Baik-baik ok,” Daris beredar.
“Ris...” panggil Liyana. Daris menoleh. Entah mengapa pandangan Daris benar-benar menusuk hingga ke hati gadis itu. daris betul-betul memandang tepat ke mata Liyana.
“Kenapa Yana?” soal Daris. Liyana tersneyum.
“Terima kasih ya.”
Daris membalas senyuman gadis itu seraya membalas, “Sama-sama. Tak ada hal lah.”
Hati Liyana melonjak gembira. Rasa sakit kakinya yang terseliuh umpama hilang. Sehingga pulang ke universiti Liyana masih senyum-senyum sendiri dan mengingati Daris yang telah membuatnya jatuh cinta.
“Hoi!” terjah Safa yang duduk bersebelahan Liyana di dalam bas. “Yang kau ni dari tadi sengih sorang-sorang ni apahal? Angau eh?”
“Ish, mana ada! Aku senyum sebab aku gembira. Happy sangat!”
“Yalah! Happy kenapa cik akak hoi? Dengan kawan sendiri pun tak nak cerita?” balas Julia yang berada di belakang tempat duduk mereka. Dania yang berada di sebelah Julia turut mencelah.
“Betul, betul. Ceritalah dengan kita orang! Ha... Liyana ingat pakwe tak?!” ujar Dania.
Julia dan Safa pantas bersorak. Hampir semua penuntut yang menaiki bas bersama mereka memandang gadis-gadis itu.
Liyana menggeleng-geleng sambil tersenyum malu. “Ok, ok. Malam nanti sebelum tidur aku cerita kat korang ok.”

5 BULAN KEMUDIANà

“Daris, kau tolong Dania angkat kotak-kotak tu? Letak bawah meja tu,” arah salah seorang senior ketika semua ahli kelab sedang bergotong-royong mengemas bilik kelab mereka sempena Hari Alam Sekitar yang akan disambut minggu depan.
Daris mengangkat beberapa buah kotak berisi kain rentang untuk diletakkan di bawah meja. Dania pula sedang menyap di bahagian bawah meja. Daris terus menghampiri gadis itu untuk meletakkan kotak-kotak itu.
“Jangan letak sini. Tepi dulu. Tengah nak sapu,” ujar Dania.
Namun, Daris tidak mengendahkan kata-kata Dania. Dia terus menolak masuk kotak-kotak itu ke bawah meja.
“Kau tak faham ke aku cakap? Letak sana dululah. Aku nak sapu,” desir Dania. Daris masih berdegil.
“Daris!” teriak Dania.
“Apa? Apahal kau ni?”
“Kau tak faham ke apa ha? Aku cakap tengah sapu kan? Pekak ke apa?!”
“Buat apa aku nak dengar cakap kau! Abang Am suruh aku letak bawah meja, aku letaklah. Kau nak sapu kau punya pasallah!”
“Masalahnya sekarang, aku tengah menyapu! Buta ke apa? Kau memang dari dulu tak pernah berubah asyik dengan cakap kau aje!!!”
Mereka mula bergeduh sesama sendiri. Ahli-ahli yang lain tidak diendahkan. Semua yang berada di situ menyaksikan pergaduhan yang mereka tidak tahu mengapa.
“Tak payah nak cakapkan akulah! Kau pun sama! Asyik kau aje yang rasa betul kan. Dulu pun m,acam tu, kau buat salah bila mintak maaf kau harapkan orang maafkan kau! Kau tahu ke macam mana aku punya malu! Ada kau nak faham?!!!”
“Kau yang ego! Memang aku salah sebab gelakkan kau sekali tapi aku dah minta maaf kan! Aku pun ngaku memang aku yang salah tapi apa kau buat? Kau cakap aku ni kawan tak guna! Habis kau tu, lelaki ego yang tak reti maafkan kawan sendiri tu berguna sangatlah!!!”
“Seorang kawan takkan buat macam apa yang kau buat pada aku! Kalau kau anggap aku kawan sepatutnya kau bela aku bukan kau gelakkan sekali! Aku bengang kau tahu tak!!!”
“ya, aku tahu aku salah! Aku tahu!!! Tapi aku minta maafkan! Lagipun apa yang kau nak bengang sangat? Dia orang cuma ketawakan kau aje effectnya sejam pun tak sampai tapi kau... hanya kerana benda kecil macam tu kau benci aku seumur hidup!”
“Habis tu kau expect kau cerita dekat dia orang masa camp tu aku tersentuh hati lah! Lepas tu maafkan kau! Tak ada maknanya!”
“So what!!! Lantak kaulah! Aku dah buat apa sepatutnya! Aku dah mengaku dan aku nak rendahkan diri aku minta maaf dekat kau yang sombong gila!!! So sama ada kau maafkan atau tak, itu masalah kau! Kau ada otak, fikirlah sendiri!”
Kedua-dua mereka ingin beredar namun langkah mereka terhenti sebaik menoleh dan melihat semua orang yang berada di situ sedang melihat pergaduhan mereka. Masing-masing agak keliru dengan Dania dan Daris.
“Apasal tengok?! Free show ke?” bentak Daris dan terus beredar meninggalkan semua orang di situ.

                             ----------------------------------------------


Dania menghempas pintu bilik. Julia, Safa dan Liyana tidak mahu bersuara. Mereka takut mereka pula yang akan jadi mangsa kemarahan Dania.
Masing-masing duduk dan membuat hal sendiri di katil masing-masing. Sesekali memandang Dania, muka gadis itu masih merah dalam keadaan kemarahan.
Tiba-tiba suara Dania kedengaran serak. Apabila mereka mendekati Dania, gadis itu sedang menangis.
“Err Dania, kenapa ni? Ish, janganlah nangis. Kenapa ni Nia?”
“Aku ke yang teruk? Aku yang salah ke?” tangis Dania teresak-esak.
“Tak, tak. Kau tak salah! Dia yang salah! Dahlah, jangan menangis. Janganlah macam ni.”
“Aku dah minta maaf kan? Dia tak maafkan pun salah aku ke? Aku ni memang kawan tak guna ke? Korang pun anggap aku kawan tak guna ke?”
“Cuba kau cerita betul-betul. Kau ada masalah apa dengan Daris? Teruk gila korang bertekak tadi?”
“Kalau kau nak tahu dialah lelaki yang aku cerita masa camping dulu.”
“Lelaki masa camping? Kau cerita apa eh?” soal Safa yang masih tidak faham.
“Sibuklah kau Fa!” teriak Julia pula.
“Maksud kau, lelaki tu Daris? Daris lelaki yang yang cerita tu?” celah Liyana pula.

                               -----------------------------------------------------

Azri dan Jamal duduk berhadapan dengan Daris walaupun dia tahu lelaki itu masih dalam keadaan marah. Mereka masih menunggu jawapan dari Daris sendiri.
“Apasal kau diam? Jawablah!” gesa Azri. Jamal sekadar mendengar saja.
“Tak ada apa yang nak aku ceritakan pada korang. Baik korang pergilah.”
“Apa yang susah sangat nak jawab. Aku cuma tanya betul ke kau kenal Dania tu dari sekolah, dan kenapa tak pernah bagitahu?”
“Aku cakap tak ada apa, tak adalah! Yang kau beria sangat nak tahu apahal? Kau siapa dia?” Daris mula membentak.
Azri juga tidak mahu kalah. Dia berdiri apabila Daris mula meninggikan suara.
“Aku suka dia! kalau korang kawan lama, maknanya kau tahu banyak pasal dia. aku cuma nak tahu je. Dan aku pun nak tahu apa hubungan korang sampai korang gaduh teruk sangat? Dia tu ex girlfrend kau ke?”
Daris bingkas berdiri dan memandang tepat ke mata Azri. Ada riak geram di wajahnya. Namun dia tidak mahu mengasari sahabatnya sendiri hanya kerana seorang gadis.
“Korang ni dahlah! Apahal sampai nak gaduh pulak ni?” celah Jamal apabila melihat keadaan mereka semakin tegang.
“Dia bukan girlfriend atau ex aku. Dia bukan sesiapa aku,” balas Daris yang mulai lembut.
Daris segera melangkah pergi meninggalkan Azri dan Jamal. Namun dia berhenti sebaik berada 5 meter di hadapan mereka berdua. Daris menoleh.
“Tapi aku sayangkan dia. Lebih dari seorang kawan. Dari dulu sampai hari ni, aku cintakan dia. Hanya dia. Sorry.”
Daris terus beredar. Azri dan Jamal sama sekali tidak menduga kata-kata Daris. Padahal sebelum ini Daris tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mengenali Dania.
“Kenapa dia tak pernah bagitahu? Selama aku cakap aku suka Dania, dia fikir apa? Kenapa baru sekarang?” desir Azri. Jamal tidak bersuara. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan Daris tadi.
Daris yang masih tegang terus menuju ke perpustakaan. Di sana sajalah baginya dapat mengurangkan beban fikirannya dan melupakan sejenak pergaduhan besarnya dengan Dania.
“Sepatutnya aku kena kawal emosi tadi. Aku tak patut marah dia macam tu,” bisiknya sendiri.
Daris menuju ke meja yang berada paling hujung perpustakaan. Dia ingin bersendirian untuk masa ini. Sebaik melabuhkan punggung, dia menekup wajahnya di atas meja. Sukar baginya meluahkan kesedihan di hadapan semua orang. dia tidak mahu kelihatan lemah apalagi di hadapan Dania.
“Maafkan aku Nia. Maafkan aku!”
Hatinya terus meraung sepi. Dia benar-benar kesal sudah memarahai gadis yang paling dicintainya. Sakit jiwanya apabila harus menengking Dania.
“Daris...”
Kedengaran satu suara menegurnya. Daris mengangkat mukanya. Liyana kelihatan sedang berdiri di hadapan mejanya.
“Boleh saya duduk?” soal Liyana perlahan. Gadis itu juga khuatir kalau-kalau Daris akan memarahinya pula.
“Duduklah,” balas Daris ringkas. Dia mengusap matanya yang sudah berkaca tanpa dia sedari.
“Awak ok?”
“Kenapa tanya? Dania suruh?” dingin jawapan lelaki itu. Liyana tersenyum.
“Saya tahulah saya kawan dia. Tapi takkanlah awak benci saya juga,”
“Apa maksud awak?”
“Dania dah cerita semuanya. Tentang awak. Tapi saya tak kisah, saya masih nak berkawan dengan awak.”
Daris tidak menjawab sebaliknya memandang Liyana saja.
“Tapi... itu pun kalau awak nak berkawan dengan sayalah. Kalau tak, tak apa. Saya boleh cari kawan lain,” sambung Liyana.
“Saya ok. Saya boleh berkawan dengan semua orang, walaupun kawan Dania.”
Liyana tersenyum lega.

                        ---------------------------------------------------

“Untung Dania. Seorang lelaki macam awak sayangkan dia sepenuh hati. Kenapa awak tak pernah bagitahu dia?”
Daris duduk di sisi Liyana setelah menghulurkan semangkuk ais krim kepada gadis itu. Sebaik tiba di kafe, dia menceritakan tentang perasaannya terhadap Dania. Terus- terang Liyana sedikit kecewa mengetahui Daris mencintai rakannya itu.
“Saya rasa teruk. Tak mungkin saya layak untuk dia. Liyana, sejujurnya saya dah lama maafkan dia. Cuma saya tak tahu macam mana nak bagitahu dia tentang perasaan saya lepas apa yang saya dah buat pada dia. mesti dia bencikan saya.”
“Kalau awak cintakan dia, awak kena jujur. Saya yakin ramai lelaki kat luar sana yang sukakan Dania. Kalau awak lambat, awak yang terlepas. Awak pulak lelaki, lagi senang nak ungkapkan isi hati awak. Awak bukannya perempuan yang nanti orang cakap perigi cari timba.”
Daris memikirkan kata-kata Liyana. Perlukah dia mengatakan semuanya pada Dania sekarang?
“Dan satu lagi Daris...”
Belum sempat Liyana meneruskan kata-katanya, telefon bimbitnya di atas meja berdering. Kelihatan di skrin nama Dania tertera.
Daris mendiamkan diri sementara Liyana menjawab panggilan Dania.
“Helo, Nia. Ada apa?”
“Kau kat mana tu? Aku nak keluar dengan Safa pergi minum kat kafe. Nak join tak?”
Liyana tersentak. Dia dan Daris sedang berada di kafe berdekatan kolej.
“Boleh. Kebetulan aku pun kat kafe jugak tengah makan ais krim. Aku tunggu kat kafe ok.”
Talian dimatikan. Daris pula segera menggalas begnya dan berdiri.
“Yana, saya rasa saya pergi dulu. Saya harap awak jangan cerita apa yang saya cerita pada awak kat Dania. Bila-bila saya rasa sesuai, saya akan bagitahu dia,” ujar Daris.
“Tapi Ris...”
“Awak kawan saya kan? Tolong. Jangan cerita apa-apa.”
Daris segera beredar sebelum Dania tiba di kafe. Dia masih enggan bertemu dania buat masa ini. Dia masih malu dengan tindakannya mengherdik Dania tadi.

                       -------------------------------------------

Daris termenung sendirian. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam tetapi lelaki itu masih duduk termangu di pondok hadapan mesin minuman. Dia belum bersedia menghadapi Azri dan Jamal di bilik. Daris duduk sendiri sambil memikirkan kata-kata Liyana siang tadi.
Daris menoleh ke belakang sebaik mendengar bunyi tapak kasut menuju ke arahnya. Sebaik menoleh, dia melihat Dania yang sedang menuju ke arah mesin minuman. Langkah Dania terhenti sebaik melihat Daris ada di pondok berhampiran. Dania mendengus. Gadis itu berpatah balik tetapi pantas dicegah oleh Daris.
“Nia, tunggu!” panggil Daris nyaring. Langkahnya terhenti lagi tapi Dania tidak memandang Daris yang menuju ke arahnya.
“Apa?” soal Dania tegang. Hatinya masih panas walaupun dia ingin sekali melihat wajah lelaki itu.
Daris berjalan menuju ke hadapan Dania. Sekarang mereka sedang bertentangan. Dania mengalihkan pandangannya ke pondok sementara Daris memandang tepat ke arah Dania.
“Aku nak cakap sesuatu dengan kau. Aku harap kau dengar sampai aku habis cakap,” ujar Daris perlahan. Lelaki itu cuba mencetuskan pertemuan yang damai di antara mereka. Dia ingin meluahkan segalanya malam ini kepada Dania.
“Dania, aku sebenarnya...”
Belum sempat Daris meneruskan kata-katanya, telefon bimbit Dania berdering. Daris berdiam sementara Dania menjawab panggilannya.
Dania kelihatan serius ketika bercakap di talian. Sebaik mematikan talian, Dania terus beredar.
Daris segera menarik lengan Dania. Dia perlu menjelaskan kepada gadis itu malam ini juga. “Dania, aku nak cakap dulu. Tolong dengar.”
“Sorry Daris. Aku kena balik bilik. Liyana pengsan. Kalau penting, kita cakap esok aje.”
Dania melepaskan pegangan Daris dan terus beredar.

                               ---------------------------------------------

Daris, Azri dan Jamal baru tiba di hospital. Mereka terus menuju ke aras empat di mana Liyana dirawat akibat pengsan semalam. Menurut Safa, Liyana mencuba untuk bunuh diri malam semalam.
Setibanya di bilik rawatan Liyana, mereka bertiga melihat Liyana sedang berbaring di atas katil. Safa dan Dania sedang menemani gadis itu.
“Mana Julia?” tanya Azri apabila melihat hanya ada Safa dan Dania saja.
“Beli makanan,” balas Dania ringkas. Dia terus membangunkan Liyana. “Yana, dia orang datang nak melawat kau. Bangunlah.”
Liyana membuka matanya yang sembap. Sekeliling matanya sudah bengkak. Sebaik melihat Daris ada di situ, dia mula menangis.
“Boleh korang tinggalkan Daris dengan aku kejap?” pinta Liyana. Mereka semua agak terkejut dengan permintaan gadis itu.
Semua orang meninggalkan bilik rawatan Liyana. Pintu ditutup dan Daris menghampiri gadis itu. Liyana bangun dan duduk.
“Kenapa buat macam ni?” soal Daris lembut. Liyana semakin galak menangis.
“Daris, saya cintakan awak.”
Daris benar-benar terkeju dengan kata-kata gadis itu. dia sama sekali tidak emnyangka Liyana memendam perasaan terhadapa dirinya
“Saya cintakan awak tapi saya tahu awak tak cintakan saya. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh bertindak sampai macam ni, fikiran saya kosong malam tadi. Saya tak boleh fikir! Saya...”
Daris terus menggenggam jari jemari Liyana. Liyana terdiam. Air matanya terus berlinangan tetapi segera dikesat oleh Daris.
“Kenapa awak tak bagitahu?” soal Daris lembut.
“Apa guna saya bagitahu awak? Sedangkan saya tahu awak encintai orang lain.”
Daris diam. Dia menyesal Liyana sanggup bertindak nekad kerana dirinya. Liyana melepaskan tangan Daris dan mengusap air matanya.

                             ---------------------------------------------
2 minggu kemudian...

Daris mengemas beg pakaiannya. Azri dan Jamal hanya melihat. Tidak mampu menghentikan rakannya itu.
Daris bertekad untuk meninggalkan kolej dan negara. Dia telah menempah tiket untuk ke luar negara.
“Kau dah fikir masak- masak ke?” soal Azri. Sudah berkali- kali cuba menghentikan rakannya tetapi tidak berjaya. Daris benar- benar bulat dengan keputusannya.
“Apa guna aku duduk sini? Aku cuma akan jadi punca orang bunuh diri. Aku cuma akan rosakkan perasaan orang yang cintakan aku. Kehadiran aku cuma tambahkan rasa cinta Liyana yang aku tak dapat nak balas. Leave is the best way now.”
Setelah siap berkemas, Jamal dan Azri membantunya membawa beg- beg pakaian ke dalam kereta. Dia akan terus menuju ke lapangan terbang dari asrama kerana keluarganya sudah menunggu di sana.
Daris mencapai sebatang pen di atas meja. Lelaki itu mengeluarkan buku nota catatan hariannya dan menulis sesuatu. Dia merobek helaian yang itu dan menyimpannya di dalam beg galas.
“Guys, aku minta maaf kalau selama berkawan ni aku selalu buat korang menyampah dengan aku. Aku sedar aku memang kawan tak guna,” ujar Daris lalu memeluk kedua- dua rakannya itu.
“Ris, aku rasa kau kena bagitahu Dania tentang hati kau,” Azri bersuara. Daris mengerutkan dahinya.
“Kenapa pulak? Bila aku pergi, kau boleh dapatkan Dania. Dan takkan terjadi permusuhan antara aku dan kau. Kau yang terbaik untuk dia, bukan aku. Aku cuma tahu sakitkan hati dia dari dulu sampai sekarang.”
“Percaya tak aku cakap yang sebenarnya... sebesar mana kau bencikan dia, sebesar itu kau cintakan dia. Hidup kau kosong tanpa dia. Bagitahulah. Apa yang aku tengok, dia pun sukakan kau, bukan aku.”
Daris diam lantas tersenyum. Sekali lagi Azri memeluk Daris.
“Ok, aku akan bagitahu,” ujar Daris sambil memasuki kereta. “Tapi kau jangan menyesal eh,” usik Daris.
Mereka bertiga ketawa. Bagi Azri, lebih baik dia kehilangan seorang gadis daripada harus memusuhi rakan karibnya sendiri. Dia pasrah dan merelakan cinta anatara Daris dan Dania.

                         ---------------------------------

Julia berlari menaiki tangga. Dia terus menerjah pintu bilik dan mendapatkan Dania yang sedang duduk bersama Liyana. Safa yang sedang menogok air terkejut.
“Nia, aku jumpa surat ni kat bawah tadi. Ada orang letak kat tangga tingkat bawah.”
Dania mengambil surat itu dari tangan Julia dan melihat di atas sampulnya tertulis, ‘Untuk Dania.’
Perlahan Dania membuka sampul surat dan mengeluarkan isinya. Terdapat sekuntum mawar merah dan sehelai surat yang berlipat.
“Surat apa tu?” soal Safa ingin tahu. Pantas kesemua mereka mengerumuni Dania untuk turut membaca isi surat yang tidak diketahui dari siapa.

Sejak kita ditempatkan di satu kelas masa sekolah, sejak tu aku jatuh cinta pada kau.
Sejak aku tengok kau gelak dan senyum, sejak tu aku jatuh cinta pada kau.
Sejak aku menjadi sahabat kau, sejak tu aku cintakan kau.
Dan sekarang... Aku tak tahu bila dan bagaimana...
Tapi aku masih mencintai ka     u.
Tak ubah seperti 2 tahun lalu.
Kalau pun hari ni kau bencikan aku, aku masih cintakan kau.
Dan meski sekarang kebencian kau pada aku sangat besar, sebesar itu jugalah aku cintakan kau.
Sejak kita bergaduh untuk hal yang remeh, sejak tu aku kesepian.
Sejak kau pergi tinggalkan aku, sejak tu aku kesepian.
Sejak aku kehilangan kau, baru aku tahu yang aku tak mampu mencintai gadis lain selain dari kau.
Dan hari ini aku nak beritahu yang aku masih sayang dan mencintai kau.
Ke mana pun aku pergi lepas ni, ke situ jugalah aku akan bawa cinta kau.
Dan aku akan terima kalau kau akan bencikan aku seumur hidup. Tapi tolong biarkan aku jatuh cinta. Biarkan aku mencintai kau seumur hidup.
Lebih baik aku pergi dari aku berhadapan dengan kebencian gadis yang sangat aku cintai.
Aku benar- benar mencintai kau... Dania. Sangat mencintai! Maafkan aku.

-Daris-

Dania menutup semula surat itu. matanya yang sudah berkaca terus bergenang air mata. Benarkah apa yang ditulis di dalam surat itu?
“Kenapa dia tulis macam ni? Apa lagi yang dia cuba buat?” soal Dania yang masih berbelah bahagi.
Tiba- tiba Liyana bersuara.
“Apa yang Daris tulis tu betul,” ujar Liyana. Dania tersentak. Begitu juga Safa dan Julia.
“Kau tahu Yana?”
“Ya. Daris pernah bagitahu aku yang dia cintakan kau dari dulu. Sejak di bangku sekolah. Cuma pertelingkahan korang buat dia rasa ego. Dia rasa dia betul dan kau salah. Tapi hari demi hari, dia sedar dia sayangkan kau walaupun dia cakap yang dia bencikan kau.”
“Kenapa kau tak pernah cakap?” Dania sedikit keras.
“Daris tak izinkan aku bagitahu kau. Dia kata dia rasa tak layak untuk dapatkan cinta kau setelah apa yang dia buat pada kau. Tapi percayalah, sampai hari ni dia hanya cintakan kau sorang aje.”
“Yana, tapi kau cintakan dia,” balas Dania. Liyana tersenyum.
“Tapi dia cintakan kau. Dan aku tahu kau pun cintakan dia kan?”
Dania terdiam. Dia mengusap air matanya yang deras mengalir. Dia menyedari hatinya juga sangat mencintai Daris walaupun dia sering membenci lelaki itu.
“Baik kau cari dia sekarang sebelum dia pergi,” ujar Liyana.
“Pergi?” serentak Julia dan Safa bersuara. “Dia ada tulis ‘lebih baik aku pergi’, apa maksud dia?” Dania bersuara pula.
Telefon bimbit Dania berdering ketika mereka sedang berfikir. Nama Azri yang tertera.
“Helo?” ujar Dania dengan suaranya yang serak.
“Nia... Aku nak bagitahu yang Daris dah pergi. Dia baru bertolak ke lapangan terbang. Flight dia ke Kanada lagi dua jam. aku rasa cuma kau boleh halang niat dia tu. Please!” balas lelaki itu. tanpa sepatah kata lagi, Dania menarik ketiga- tiga rakannya itu dan segera berlari menuju ke luar kawasan asrama untuk mendapatkan teksi.
Sepanjang perjalanan, Dania menghubungi Azri untuk mengetahui ke mana Daris pergi.

                                   ------------------------------------

Tinggal beberapa minit lagi semua penumpang dikehendaki menaiki pesawat setelah boarding. Daris dan keluarganya berdiri dan mula berjalan menuju ke kaunter untuk menyerahkan beg pakaian.
Daris terhenti apabila dia mendengar bunyi tapak kasut seseorang yang sedang berlari ke arahnya.  Sebaik dia menoleh, Daris melihat Dania sedang mengah berlari ke arahnya. Ibu bapanya yang sudah berada di hadapan dibiarkan dulu.
Dania tercungap- cungap. Dia berhenti di hadapan Daris. Kini mereka bertentangan mata.
“Sejak kau puji lukisan aku yang buruk, sejak tu aku cintakan kau. sejak kau selalu pandang aku dengan lirik mata yang nakal, sejak tu aku cintakan kau. Sejak kau bela aku msa kena kacau, sejak tu aku cintakan kau. Dan sejak bila pun aku tak tahu yang akus egan bila bercakap dengan kau. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka kau tapi... tapi... aku sangat mencintai kau."
Daris dan Dania tersenyum. serentak juga mereka ketawa. Ada sedikit segan di antara mereka.
"Ris, cukuplah sekali kau pergi dari hidup aku. Tolonglah jangan pergi lagi. I love you. Really love you."
Daris mendekati gadis itu. "So am I. I love you too. Really love you."